Salam semua,Sudah lama blog ini didaftarkan, namum baru hari ini (09-09-09) sahaja bermula satu lagi penghijrahan aku ke medium blogger di alam siber ini dan satu tapak kehadapan mencuba sesuatu yang baru.
Dalam mengusung kamera Olympusku tiga tahun nan lalu, tiada lagi imej yang diketagorikan sebagai "istimewa", "boom" dan "woow" yang dapat aku rakamkan. Sedihnya.......
Tekad aku untuk belajar sesuatu yang baru dari hari ke hari dan mengabadikan keindahan ciptaanNya secara digital. Itu sahaja dan kalau ada kesempatan membuat "wang pantas" melalui photografi, peluang itu tidak aku tolak jua. Ha ha ha. Untungnya memang tak pernah ada, tapi cukup untuk menampung kos gear olympusku.

Segala ketukan kekunci bermula di ruangan ini, tidaklah secanggih mana tapi cukup untuk bermula dan membuka ruang ke alam siber yang tiada penghujungnya.
Harap kalian sudi menjenguk blog ini jika masa mengizinkan.
Sekian, Terima kasih
Lokli
09 - 09 - 09
